|| Content ||

Sunday, November 8, 2009

Musafir Hidup

a story I wrote on 26th May 2006..

Musafir Hidup..

ini kisah seorang musafir hidup…

tidak pernah berhenti..tidak pernah mengerti..

terus melangkah…sendiri

adakala nya berlari..namun terus sendiri…

dalam diri membawa bekal ke destinasi…dikutip dari setiap jalan yang dilalui… ada yang indah ada yang kotor.. ada yang tidak ternilai sinarnya indah menarik mata yang memandang.. namun ada yang sekadar sampah semata… menjadi beban dan malu sendiri…

di setiap persimpangan jalan musafir itu.. seringkali datang, seorang demi seorang.. demi seorang..

seringkali mereka menawarkan diri untuk melangkah bersama.. kerana mungkin destinasi kita sama.. kata mereka..

dan setiapkali itu jugaklah simusafir itu menolak.. dan terus menolak .. dan seringkali juga musafir itu mengeluh atas tolakannya itu.. bukannya dia menyombong diri…

kerana si musafir itu sedar didalam bekalnya itu.. ada satu beban yang teramat berat yang seringkali membuat si musafir jatuh terduduk membawa beban itu.. bukan tidak ingin dibantu.. tapi si musafir itu sedar beban itu boleh memusnah diri dan menjauhkan lagi si peneman peneman itu…dari diri..

biarlah beban ini aku pikul.. katanya..hingga langkah ku makin kukuh.. hingga imanku makin teguh.. maka biarlah aku melangkah lagi.. dan sampai masanya nanti.. temanilah aku ke destinasi yang satu.. dan beban ini akan menjadi penyuluh ku di dalam perjalanan ini….

dan ini kisah musafir hidup…

No comments:

Post a Comment